Search This Blog

Friday, December 24, 2010

MISTERI PENUAAN!

The Quest of Longevity

Misteri Penuaan

Penuaan merupakan proses semulajadi yang kompleks melibatkan molekul,sel,organ dan fungsi tubuh. Semakin usia meningkat, lebih banyak lemak terkumpul di saluran darah dan akhirnya hilang kekenyalan sekaligus mengakibatkan arteriosklerosis atau pengerasan arteri. Enzim-enzim penghadaman yang dihasilkan turut menurun, lantas kurang berupaya untuk menyerap zat makanan dan system pernafasan juga menurun secara progresif pada setiap peringkat umur bermula sekitar awal 20-an.

Persoalannya, mengapakah kita menjadi tua? Mengapa terdapat sesetengah orang yang kelihatan lebih tua atau muda dari umur sebenar mereka? Adakah terdapat satu jangka hayat maksimum bagi manusia tidak kira bagaimana gaya hidup atau bantuan lain yang mungkin digunakan bagi memanjangkan hayat mereka? Dan apa yang paling penting, bagaimana untuk mempunyai usia yang panjang, kekal cergas, aktif dan bebas daripada penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh warga tua?

Intitut Penuaan Nasional ( The National Institude on Aging-NIA ) di Amerika Syarikat, menyatakan yang dahulu pakar gerontology hanya tertumpu pada satu bidang teori penuaan contohnya menkaji baka atau penurunan sistem imun sahaja, tetapi kini, pakar-pakar tersebut mengkaji proses-proses berganda, penggabungan dan tindakbalas ke atas banyak peringkat yang melibatkan sel, protein, tisu dan system organ yang lain. Pakar gerontologi kini berupaya melihat banyak mekanisme pada bahagian mana yang menyebabkan penuaan. Semakin pesat penyelidikan dijalankan, lebih banyak ilmu penuaan terhasil, maka pakar gerontologi lebih dekat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran bagi kesihatan optimum dan kebebasan dari penyakit penuaan dalam jangka hayat manusia.

Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia “biologi” penuaan manjadi matlamat utama pencarian para saintis. Cara sel menua, cara penuaan memberi kesan kepada fungsi tubuh, pembiakan dan kematian dapat membantu kita untuk lebih memahami punca-punca penuaan dan menemui jalan penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh warga tua.



Epedemik Penuaan: penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan.

Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit ( CDC ), Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari umur 65 tahun ke atas. Kebanyakkan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk Penyakit Jantung dan Kanser yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk dua dekad lepas. Penyakit Angin Ahmar atau serebrovaskular menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan pernafasan kronik merupakan punca keempat kematian manakala Alzheimer dan Kencing Manis juga terdiri daripada punca-punca utama kematian. CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.



Berikut adalah penyakit kronik dan keadaan yang biasa dihidapi oleh warga tua:

· Penyakit kardiovaskular

· Kanser

· Tekanan Darah Tinggi

· Kencing Manis

· Terlebih Berat Badan dan Masalah Kegemukan

· Nyanyuk

· Artritis

· Osteoporosis

· Penyakit-penyakit mata seperti Katarak dan Glaukoma



Teori-teori dan Mekanisme-mekanisme Penuaan: Cara-cara Penuaan Seseorang

Terlalu banyak teori yang berkaitan dengan biologi penuaan manusia. Lazimnya, ia terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, teori jangka hayat terancang yang mana penuaan mengikut aturan biologi. Kedua, teori haus dan lusuh ( “wear and tear” ) yang mana persekitaran member kesan terhadap proses penuaan seseorang. Hipotesis penuaan selular dan molekul yang utama adalah seperti berikut:

· Kerosakan dan Pemulihan DNA

· Pengatur-pengatur Genetik Penuaan

· Penuaan dan Kerosakan Mitokondria

· Pengumpulan Protein-Protein Tidak diperlukan ( AGE protein )

· Penuaan Replikatif dan Telomer

· Ketidakfungsian Neuroendokrin




Sains Anti-Penuaan


Kerosakan dan Pemulihan DNA

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA dapat member kesan peningkatan jangka hayat selular. Polifenol dan fitonutrien semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyelidikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA. Kajian mandapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semula jadi terpilih, kerosakan DNA dapt dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.



Pengatur-pengatur Genetik Penuaan

Tumbuhan yang mempunyai polifenol telah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur genetic utama dalam proses lanjut usia yang member kesan positif pada proses penuaan selular. Satu kajian yang diiktiraf di makmal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan positif dalam menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat daripada diet yang tinggi lemak. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengurusan diet.



Genetik dan Penyekatan Kalori

Para penyelidik di Sekolah Perubatan Havard telah menemui yang sesetengah gen dapat member kesan pada penyekatan kalori ( CR-calorie restriction ) yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan di dalam sepsis yang diuji. Ia juga mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetis dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakan sel untuk bertahan lebih lama.



Biogenesis Mitokondria dan Penuaan

Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan fungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapt meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran “logi-logi tenaga” mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolic melalui galakan biogenesis mitokondria.



Pembentukan Protein AGE dan Penuaan

Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau sebatian polifenolik manghadkan pembentukan protein AGE ( Advance Glycation End ), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada system kardiovaskular. Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat member manfaat pada penyakit kencing manis.



Keajaiban Alam Semulajadi: Rahsia Lanjut Usia

Banyak kajian dan penyelidikan mendapati yang bahan-bahan dari alam semulajadi mempunyai unsur-unsur yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Di bawah ini terdapat beberapa sumber alam semulajadi yang bermanfaat bagi kecergasan yang berpanjangan, sekaligus dapat memanjangkan usia.




Anggur Muscadine

Anggur Muscadine sebagai contoh, telah menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai dalam pencarian kaedah semulajadi untuk kelihatan lebih muda dan sihat. Ahli-ahli sains telah menemui Anggur Muscadine yang penuh dengan pelbagai khasiat berbanding tumbuhan lain yang sering diperkatakan orang. Anggur Muscadine termasuk bijinya merupakan satu daripada sumber terbaik yang bersifat antioksidan dan ciri-ciri anti radang.

Kualiti unik Anggur Muscadine adalah keupayaannya untuk menyembuhkan dirinya sendiri daripada penyakit, bacteria dan kulat. Sifat-sifat perlindungan semulajadi ini turut member kebaikan kepada sesiapa yang memakan Anggur Muscadine lebih-lebih lagi pada bahagian bijinya, di mana sebatian fenolik tertumpu di bahagian tersebut. Jika dibandingkan dengan anggur lain, Anggur Muscadine mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol, yang boleh didapati dalam wain merah, yang terbukti mampu member manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, paras gula dalam darah dan proses penuaan, di antara isu-isu kesihatan yang lain.







Elderberi Orang Eropah

Elderberi digunakan berabad lamanya bagi merawat pelbagai penyakit termasuk arthritis, asma, sembelit dan selsema. Elderberi mengandungi kalium dan kaya dengan vitamin C, serta terbukti mampu mengukuhkan system imun dalam kajian terbaru.

Elderberi juga merupakan sumber anthocyanins yang hebat, yang mengandungi tiga kali ganda karotenoid. Ia merupakan antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan toksin alam sekitar, diet yang tidak seimbang dan tekanan. Ia juga dapat mengurangkan kesan akibat kolestrol jahat dan menyekat platelet daripada melekat pada dinding saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko aterosklerosis. Selain itu, Elderberi mampu meningkatkan daya penglihatan malam kerana ia mengeluarkan rodopsin atau visual ungu dalam mata. Ia membantu mengurangkan cahaya dalam penglihatan, dan juga membantu dalam tekanan menurut kata kajian saintifik baru-baru ini.







Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum turut dikenali sebagai Jepun Knotweed. Ia merupakan sumber resveratrol semulajadi yang sama terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak khasiat kesihatan yang selalu terdapat dalam supplemen anti-penuaan seperti dalam ubat-ubatan Cina. Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati yang resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolestrol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan tubuh. Ia merupakan satu lagi penemuan yang menarik.







Lobak Ungu

Lobak Ungu merupakan sumber vitamin A terbaik dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens. Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan, anti-bakteria, anti-radang penyakit serta lain-lain pencegahan penyakit dan mempunyai ciri-ciri mempertingkatkan kesihatan.

Lobak ungu juga mengandungi anthocyanins yang mempunyai kegiatan antipengoksida yang luar biasa. Beberapa kajian menunjukkan yang anthocyanins mempunyai aktiviti biologi yang luas termasuk antipengoksida, anti-radang, agen anti-mikrob dan anti-karsinogen. Tambahan lagi ia juga turut menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoproteins yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Tuesday, November 30, 2010

"Kenapakah manusia Jatuh Sakit ?”

Sebab utama ialah serangan sistem keimunan dalam tubuh badan oleh bakteria/virus atau pencemaran tisu dan organ oleh bahan-bahan merbahaya yang dikenali sebagai TOKSIN. Selepas rekaan antibiotik, ia telah berjaya mengatasi banyak penyakit yang disebabkan oleh bakteria/virus tetapi pergantungan berlebihan ke atas antibiotik telah menyebabkan kemerosotan sistem keimunan dan metabolisma manusia. Ini telah mengakibatkan penyerapan lebih banyak TOKSIN melalui sistem pernafasan dan pencemaran seperti gas-gas, kimia buangan, sisa-sisa bahan kimia pertanian dan logam-logam berat. Bahan-bahan merbahaya ini menakung dalam darah dan diangkut serta disimpan di dalam berbagai organ dan tisu. Oleh kerana TOKSIN-TOKSIN ini tidak menyebabkan bahaya serta merta yang menjejaskan nyawa kita, ramai daripada kita biasanya mengabaikan kesan-kesannya tetapi selepas jangkamasa panjang, perubahan-perubahan patologik yang serius akan wujud dalam tubuh badan termasuk bisul, penyakit-penyakit kardio-vaskular, kegagalan fungsi organ, ketidak seimbangan sistem pernafasan, pencemaran, endoktrin dan metabolisma serta perubahan-perubahan patalogik dalam tisu-tisu kulit dan kelenjar. Oleh itu bagaimana kita boleh menyingkirkan TOKSIN dalam tubuh badan kita secara berkesan? Ini merupakan soalan penting!



"Kesihatan: Usus Kita adalah Racun dan Penawar”




Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa. Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.



BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang

Lemah


1- Sembelit atau cirit-birit yang kerap


2- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema,

psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.


3- Kuku dan rambut yang rapuh


4- Badan dan nafas berbau


5- Sering sakit kepala


6- Sakit leher , bahu , sendi dan otot


7- Peredaran darah yang lemah ? tangan atau kaki sejuk


8- Imsomnia ?masalah tidur


9- Meradang dan kemurungan


10- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah

putus haid


11- Berat badan dan pembendungan air dalam badan


12- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap


13- Alergi dan pengidaman makanan


14- Peningkatan tekanan darah


Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita:

racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimia dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman:

klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Dalam udara yang kita sedut:

bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Dari proses-proses badan:

sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.






USUS SIHAT VS USUS BERMASALAH






Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.





Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?





Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.


Pemakanan

- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).

- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.

- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).



APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM MENYAHTOKSIK YANG BAIK

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik ? rasa lebih bertenaga dan cergas * Daya ketahanan badan yang lebih kuat * Fungsi penghadaman yang lebih baik ? kurang angin dan senak * Pembuangan air besar yang kerap * Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik * Kulit yang lebih cerah dan sihat * Badan yang lebih langsing * Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.



PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DARIPADA RAWATAN

Cara mudah dan praktikal untuk membersih dan memelihara kesihatan usus ialah dengan kita mengambil pemakanan tambahan yang berasaskan fibre lembut. Tetapi yang paling penting ianya mesti semulajadi supaya tidak mendatangkan kemudaratan dalam jangkamasa yang panjang.

Dibawah ini ada 3 jenis pemakanan yang telah saya kaji dan telah saya guna sendiri untuk mengetahui keberkesanannya. Didalam kajian saya pemakanan ini sememangnya semulajadi. Saya membuat sedikit penyelidikan di internet dan membaca beberapa research yang dibuat oleh beberapa saintis syarikat pengeluar pemakanan tambahan tersebut dan beberapa penulis buku-buku kesihatan.





Produk pertama ialah : Fiber Plan dietary supplement

Syarikat Pengeluar : Shaklee





· 300 gram/60 hidangan

· Satu minuman 227 gram = 4 gram serat larut

· 100% serat larut

· Tiada lemak

· Tiada kolestrol

· Amat rendah natrium

· Sumber vitamin c yang amat baik


Cara Pengambilan : 2 sudu teh dibancuh dengan minuman sejuk kegemaran anda. Minum sebelum mengambil hidangan sarapan pagi.


Shaklee Fiber Plan

Fiber ‘Dietary’ mengandungi 3 komponen: Serabut kasar (lignin, hemicelluloses dan cellulose), pectin dan gam serta bahan ‘mucilage’ dan ‘wax’. Bahan-bahan tersebut didapati dari tumbuhan dalam berbagai nisbah banyaknya. Setiap komponen serabut memainkan peranan khas masing-masing dalam jagaan kesihatan badan. Kesemuanya patut terkandung dalam makanan harian.

Fiber bertindak sebagai ‘Sponge” dengan menyerap air yang banyak. Tindakan ini memendekkan masa penyaluran makanan didalam saluran penghadaman. Akibatnya ialah kurang tekanan dalam usus yang boleh menyebabkan sembelit, buasir, serta penyakit diverticulosis. Tekanan tinggi di dalam usus juga dikaitkan dengan kejadian ‘hiatus hernia, serta ‘varicose vein’. Fiber dari bijian adalah di antara yang berkesan dan berkemampuan menyerap air.

Fiber mencairkan kandungan usus serta mempercepatkan saluran sisa makanan dalam usus. Ini akan mengurangkan tempoh perdampingan agen-agen barah dalam usus.

Pectin dan gam yang banyak terdapat terdapat dalam sayuran, buah-buahan dan kekacang boleh mengawal penyerapan makanan kedalam darah. Ini difikirkan penting bagi pesakit kencing manis kerana ini mencegah kenaikan tahap gula yang cepat dalam darah dan secara terus kurangkan keperluan hormon insulin. Bahan pectin, gam dan saponin dalam kacang soya, sayur bayam, kacang dan biji bunga matahari boleh melekatkan garam bile. Kebolehan ini mengurangkan tahap kolesterol dan juga mungkin mengurangkan kejadian ‘gallstones’.

Fiber juga membantu mengawal berat badan. Makanan kaya dengan fiber ambil lebih masa untuk di proses serta memberi rasa kenyang.

Walaupun fiber bukan satu zat makanan kerana ia tidak dihadam, ia tetap penting dalam makanan harian. Oleh kerana faedah fiber disumbangkan dari semua komponennya, maka kesemua makanan harian patut mengandungi berbagai jenis sumber-sumber serabut.




Produk ke-dua ialah : Herb-Lax (Formulasi Herba)

Syarikat Pengeluar : Shaklee




· Kandungan dalam satu botol 120 tablet

· 100% herba terbaik dan terpilih didunia


Cara Pengambilan : 4 Tablet Sebaik sahaja selesai makan malam.


Ramuan-ramuan herba;

· Tepung daun Senna (Cassia augustifolia) dari India.

· Tepung daun Alfalfa (Medicago sativa) dari California.

· Tepung bijian Anise (Pimpinella anisum) dari Spanyol

· Tepung bunga Malva biru (Malva sylvestris) dari Eropah timur

· Tepung kulit kayu Buckthorn (Rhamnus frangula) dari Russia

· Tepung akar Culver (Veronicastrum Virginicum) dari Amarika Syarikat

· Tepung bijian Fennel (Foeniculum Vulgare) dari China

· Tepung akar Licorice (Glycyrrhiza glabra) dari China

· Tepung akar Rhubarb (Rheum plamatum) dari Asia.


Shaklee Herb-Lax

Satu pendekatan yang terbaik untuk memastikan pembuangan air besar yang teratur setiap hari, dengan mengambil banyak fiber dalam pemakanan anda. Tetapi penyakit-penyakit tertentu, ubat-ubatan dan penukaran makanan yang tidak dapat di elakkan, (seperti yang berkaitan dengan pengembaraan dan cara hidup yang pantas) boleh menggangu keteraturan perut dan menyebabkan berlakunya sembelit. Apabila ini berlaku , satu julap yang berasaskan herba seperti Herb-lax adalah sangat baik untuk memberikan pertolongan.


Nilai-nilai Khasiat

Ramuan aktif dalam Herb-lax ialah Daun Senna (Cassia augustifolia). Phytochemical aktif yang berada semulajadi dalam daun Senna adalah dipanggil ‘sennosides’. Ia bertindak merangsangkan otot-otot kolon untuk meningkatkan kadar denyutan pengecutan usus yang beritma semulajadi. Tindakan ini menggerakkan sisa buangan (najis) melalui saluran penghadaman dan seterusnya menyebabkan penyingkirannya.


Perbezaan Shaklee Herb-lax

Di samping Daun Senna, Herb-lax juga mengandungi 8 jenis herba lagi yang mantap termasuk Daun Alfalfa, Bijian anise, Bunga malva biru, Kulit kayu buckthorn, Akar culver, Bijian fennel, Akar licorice dan Akar rhubarb. Setiap satu daripada ramuan-ramuan herba tersebut diperolehi dari kawasan-kawasan penanaman yang optimum di seluruh dunia dan mewakili tradisi herbal yang berabad-abad lamanya. Herb-lax boleh diambil sebagai tablet atau dicampur dengan air panas untuk dijadikan satu minuman teh.




Produk ketiga ialah : Alfalfa Complex

Syarikat Pengeluar : Shaklee





· Terdapat dalam 2 pilihan iaitu 330 tablet dan 700 tablet.

· 100% Formulasi Herba

· 10 tablet setiap hari


Cara Pengambilan : 5 Tablet di waktu selepas makan tengah hari dan 5 Tablet selepas makan malam.


Ramuan-ramuan Herba;

· Tepung Alfalfa (Medicago sativa) dari California

· Minyak spearmint (Mentha spicata) dari barat laut Amarika Syarikat



Nilai-nilai khasiat

Akar-akar Alfalfa mampu tumbuh dan menjalar sedalam 20 kaki ke dalam tanah untuk mencari zat makanan! Daun-daunnya kaya dengan zat-zat protein, Kalsium, Fosforus, Magnesium dan unsure-unsur logam seperti besi, tembaga, zinc, boron, chromium, molybdenum, manganese dan potassium. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk Beta carotene, Vitamin E & K, dan Vitamin C & B yang larut dalam air. Tambahan pula, daun-daun Alfalfa juga menjadi sumber penting bagi Klorofil dan Fiber.


Perbezaan Shaklee Alfalfa

Shaklee Alfalfa Komplek adalah satu pemakanan yang unik, melengkapi program pemakanan setiap orang. Ia diperbuat daripada Alfalfa yang paling baik. Ditanam di California tanpa penggunaan racun-racun serangga dan rumpai atau pun baja-baja yang tidak organic. Alfalfa dituai semasa ia mencapai kemuncak kematangannya, apabila daun-daunnya mengandungi paling banyak klorofil. Penuaiannya dilakukan dengan teliti, supaya tidak merosakkan daun-daun yang mengandungi zat yang paling banyak itu. Hanya potongan daun-daun yang terpilih sahaja diambil dan daun-daun ini dikeringkan di udara terbuka, iaitu cara yang semulajadi. Daun-daun kering ini dikisar sehingga menjadi tepung hijau yang halus dan ia mesti mematuhi piawaian kawalan kualiti Shaklee yang ketat.



Kenapa Shaklee?

- Kenapa saya menggunakan produk syarikat Shaklee dalam kajian saya? Semuanya bermula apabila saya terbaca sebuah buku yang bertajuk “ Shaklee – Discover The Difference” Di tulis oleh Dr. Bruce Miller. Didalam buku itu Dr. Bruce Miller telah menerangkan pelbagai keistimewaan produk-produk dari syarikat ini. Dr. Bruce Miller adalah seorang penulis bebas dan banyak menulis buku-buku berkaitan kesihatan. Banyak buku-buku beliau telah menjadi koleksi peribadi saya dan ianya saya jadikan sebagai rujukan dalam setiap kajian saya tentang kesihatan manusia.





Kelebihan Shaklee.

Syarikat ini adalah Pakar berkaitan pemakanan tambahan sejak tahun 1915 dan telah mencipta Multi-Vitamin pertama didunia yang di namakan Vitalise Minerellse. Kalau kita lihat disini perkataan “Vitamin” itu sendiri datangnya dari produk ini. Ini adalah Benar! Fakta ini sedikit sebanyak telah membuatkan saya begitu teruja dengan syarikat ini!

Kebanyakan produk dari syarikat ini menjalani ujian sebanyak lebih 1000 kali sebelum ianya dikeluarkan dan ianya telah di paternkan. Dan yang paling mengujakan saya syarikat ini mempunyai lebih 150 orang saintis yang bekerja sepenuh masa dengan syarikat ini dan memastikan produk yang mereka keluarkan berkesan serta tidak mendatangkan kemudaratan.

Syarikat ini membuat produk mereka dari mula hingga akhir, dan ianya adalah suatu kelebihan. Mereka benar-benar tahu bahan-bahan yang digunakan didalam produk mereka, bagaimana setiap produk diproses dan bagaimana ianya berfungsi. Tidak seperti syarikat-syarikat lain yang hanya membeli sesuatu formula umum dan kemudian meletakkan label mereka. Mereka tidak mencipta produk mereka sendiri. Mereka tidak menguji produk mereka sendiri. Mereka tidak membuat produk mereka. Mereka juga tidak mengetahui adakah produk mereka berkesan ataupun tidak.

Saya tidak berniat untuk menerangkan secara detail tentang syarikat ini disini. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah anda melayari internet dan mencari maklumat syarikat ini. (www.shaklee.com).

Saya berharap, apa yang saya kongsikan ini akan memberikan manafaat berguna kepada anda semua. Sesungguhnya yang sempurna itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri. Sekiranya ada cadangan dan persoalan sila hubungi saya di link yang di sediakan.